19 February 2012

tips dari Prof Kamil

Mungkin ramai yang sudah mengenali Prof Kamil. Buku beliau yang terkenal, Travelog Haji, Mengubah Sempadan Iman. Blog beliau yang terkenal, Kehidupan Ringkas tapi Signifikan. Sekarang beliau bermastautin di Madinah, bumi para ambia'.

Ini adalah tips beliau tentang masa beliau menulis bila di tanya oleh seseorang. Boleh baca tulisan penuh di blog beliau di bawah tajuk "marah"

"Saya meneruskan kata-kata tanpa menunggu jawapan beliau, “satu perkara yang membeza saya dengan you adalah waktu tidur. Saya hanya tidur 4-5 jam sehari semalam. Mari kita bangun solat malam, saya lakukan 6 rakaat, 3 kali salam dan solat witir. Berdoa dan bermunajat kepadaNya.

Jika kita bangun pukul tiga pagi, mengadap Allah secara spesifik selama satu jam, saya mempunyai 1 1/2 jam sebelum bergerak ke Haram untuk solat fajar. 6.40 saya sudah berada di rumah.

Saya mengadap komputer sehingga 9.00 pagi. Di antaranya, banyak perkara boleh dilakukan termasuklah menemani isteri ke mana-mana tempat yang beliau kehendaki”.

Lalu saya membaca Al-Quran surah Al-Baqarah, ayat-ayat terakhir dengan bersungguh-sungguh. Bila berakhir saya nyatakan kepada beliau, “saya sudah tua, sukar belajar Quran ketika usia sebegini. Namun Allah akan bagi kelapangan di atas kesungguhan kita, InsyaAllah”.

Memang, tidurlah menjadi halangan terbesar kebanyakan kita. Sukar untuk kita melawan nafsu tidur. Inilah halangan terbesar bila mana nafsu mengatasi iman. Manusia hamba yang lemah, tapi berapa banyak manusia yang sedar akan hal ini. Mudah-mudahan Allah memberi kita kekuatan melawan hawa nafsu yang mendorong kita ke jurang neraka.



No comments:

Post a Comment

mari komen